Saturday, August 22, 2009

Rahsia Emas Yang Hilang

Rahsia Emas yang hilang adalah sebuah ebook terbitan saudara Jamaluddin Bahari dimana beliau telah berkolaborasi dengan penulis, Abd Hafiz Ab Wasa dan juga penasihat iaitu seseorang yang telah lama berkecimpung didalam dunia pelaburan emas iaitu Syukor Hashim.

Ebook rahsia emas ini telah dilancarkan versi pertamanya pada 14 July 2009 dan ditutup jualan pada 2 Ogos 2009 dan didalam tempoh 17 hari jumlah jualan yang dihasilkan ialah RM40'000.

Memandangkan sambutan yang begitu hangat ketika itu, pihak pengurusan Rahsia Emas telah bersetuju untuk membuat pelancaran semula produk ini bagi menemui peminat didalam dunia pelaburan dan juga satu alternatif kepada pelaburan semasa mereka.

Ebook ini akan mula dibuka jualan kepada umum pada Isnin, 24 Ogos 2009 dimana versi kedua akan lebih padat, terperinci dan pastinya satu keperluan yang baik untuk anda mula melabur didalam emas.

Apa yang membuatkan emas adalah pilihan utama untuk pelaburan?

Bagaimana Ingin Memulakan Pelaburan Emas?

Ramai yang tidak maklum mengenai beberapa cara untuk memulakan pelaburan emas. Ada juga yang masih beranggapan pelaburan emas hanya untuk golongan tertentu. Ini adalah antara teknik pelaburan emas yang boleh digunakan.

1) Emas Fizikal

Lebih kepada barang kemas dimana ianya lebih sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang kerana perbezaan harga jual dan beli yang tinggi. Kelebihan emas fizikal antaranya boleh digadaikan jika anda memerlukan wang untuk sesuatu tujuan dengan nilai gadaian yang baik.

2) Emas Public Gold

Menawarkan dinar emas dan emas bar dimana ianya adalah mampu milik dan stok mudah diperolehi kerana ianya mempunyai kilang emas sendiri. Emas public gold sesuai untuk pelaburan jangka masa sederhana dengan teknik averaging cost.

3) Emas Kijang

Dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan boleh didapati di cawangan Maybank yang terpilih sahaja. Ianya sukar didapati dan sentias kekurangan stok namun ianya agak menguntungkan kerana perbezaan harga jual dan beli yang rendah.

4) Emas Maya

Public Bank menawarkan pelaburan emas secara maya berdasarkan harga semasa. Ianya berdasarkan pergerakan sebenar emas dunia dan akaun boleh dibuka di Public Bank dengan cara yang tertentu.

Banyak lagi rahsia emas yang ingin dikongsi didalam ebook Rahsia Emas Yang Hilang. Dapatkan panduan anda sekarang!

Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Emas?



1) Emas Tidak Akan Jatuh Nilai

Nilai emas sentiasa meningkat setiap tahun. Ini dibuktikan ketika krisis kewangan ketika ini dan juga pada tahun 1998 dimana nilai emas tidak menyusut. Emas akan sentiasa bergerak didalam keadaan menaik secara keseluruhannya.

2) Emas Tak Lut Dengan Inflasi

Apabila inflasi berlaku, nilai ekonomi sesebuah negara bertambah merosot dan instrumen emas adalah jalan terbaik untuk mengukuhkan kembali ekonomi mereka dengan menambah simpanan emas.

3) Emas Logam Yang Lengai

Kehebatan emas diakui apabila ianya tidak mudah bertindak dengan bahan - bahan lain dan sentiasa ada permintaan yang tinggi untuk emas dari masa ke semasa.

Dan banyak lagi sebab kenapa pelaburan melalui emas adalah satu alternatif atau keperluan utama untuk anda yang dikongsikan didalam ebook Rahsia Emas Yang Hilang.